KEMAHIRAN MENDENGAR

Oleh: Nur Faiqah binti Mazlan

PENGENALAN

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringakat sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Mata pelajaran bahasa Melayu bertujuan melengkapkan diri murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu (KPM, 2003).

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR


Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang menerima, menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan dan dialog dan penjelasan dalam proses pembelajaran guru. Dalam kehidupan seharian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial. Misalnya, perbualan dan perbincangan. Selain itu, untuk mendapat hiburan seperti radio dan televisyen. Seterusnya, untuk memperoleh maklumat seperti pengajaran guru dan berita di radio atau televisyen.

         

SITUASI  MENDENGAR
  • Formal
  • Tidak formal

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEFAHAMAN MENDENGAR
  • Sikap pendengar terhadap perkara yang didengari.
  • Minat atau motivasi pendengar berhubung dengan perkara atau topik yang didengar.
  • Personaliti pendengar dan orang yang bercakap.
  • Keperluan pendengar. Misalnya, seseorang itu mungkin tidak meminati sesuatu topik, tetapi terpaksa memahaminya kerana ingin lulus peperiksaan.

LANGKAH MEMBINA KEMAHIRAN MENDENGAR
  1. Memupuk keinginan mendengar.
  2. Mengajar tabiat mendengar yang baik.
  3. Melatih memberi tumpuan dari segi mental.
  4. Melatih mengesan idea dan isi penting.
  5. Melatih kepantasan berfikir tentang apa yang didengar.
  6. Melatih menilai maklumat dan idea yang didengar.
  7. Melatih membuat nota aau ringkasan mengenai apa yang didengar, sama ada secara mental atau bertulis.
  8. Selain menangkap fakta, idea, konsep dan maklumat seorang penutur, murid perlu diajar memahami sikap dan emosi seseorang penutur dan maksud tersirat dalam sesuatu ucapan.


PROSES MENDENGAR 

       Mendengar deretan bunyi bahasa
       Memahami bunyi bahasa
       Menilai bunyi bahasa
       Bertindak terhadap bunyi bahasa



Rujukan: 



Suppian Nachiappan. (2017). Bahasa Malaysia dalam KSSR: Peningkatan Kongnisi dalam Lisan, Bacaan, Penulisan dan Penaakulan. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hafizzudin.(2013, Januari 15). Kemahiran mendengar dan bertutur. Dicapai pada 17 Ogos 2019 daripada https://www.slideshare.net/CikguHafizzudin/bmm3103kemahiranmendengar dan- bertutur

 


No comments:

Post a Comment

FALSAFAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu se...