KEMAHIRAN BERTUTUR

Oleh: Nur Farah Syafiqah binti Abdullah
Image result for KARTUN BERBUAL
DEFINISI KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran bertutur berlaku semasa di peringkat produksi lagi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Model-model yang diperdengarkan seharusnya merupakan model-model yang baik bagi membolehkan pelajar-pelajar bertutur dengan berkesan. Kemahiran bertutur mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia merupakan pengintepretasian ujaran, iaitu proses yang membolehkan individu memahami dan meneliti ujaran yang didengar.
Image result for kartun berkomunikasi


KONSEP KEMAHIRAN BERTUTUR
  •  Gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan
  •  Berlaku di peringkat produksi iaitu berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan   memahami dengan baik apa yang didengarnya
  •  Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya
  •  Dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina
  •  Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan member tumpuan kepada aspek fonologi,   struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain
  •  Keupayaan manusia mengujarkan kata-kata
  •  Melibatkan individu berkata-kata atau bercakap
  •  Penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna
  •  Aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi
ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR

Image result for cartoon talking
a) Sebutan
b) Tekanan

c) Mora (panjang-pendek)
d) Jeda (persendian)

e) Intonasi
f)  Nada
g) Tatabahasa
h) Kelancaran

i)  Kefasihan

j)  Laras bahasa





     TUJUAN BERTUTUR
    Image result for cartoon talking
  1. Menyebut dengan jelas.
  2. Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi.
  3. Menunjukkan arah.
  4. Bertemu ramah.
  5. Memberi penerangan dan memberi alasan.
  6. Membina soalan untuk mencari maklumat.
  7. Bertukar-tukar pendapat dan maklumat.
  8. Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat.
  9. Bertutur secara bertatasusila.
  10. Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Rujukan:
Alias Sidek. (2008). Kemahiran Bertutur. Dicapai pada 15 Ogos 2019, daripada
http://aliassidek.blogspot.com/2009/07/kemahiran-bertutur.html

 Nora'Azian Nahar Nahar & Fadzilah Abd Rahman. (2018). Tahap Penguasaan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Naif. Dicapai pada 16 Ogos 2019, daripada 

No comments:

Post a Comment

FALSAFAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu se...